Halaman

Selasa, 8 Januari 2013

Hadi arah pemimpin Pas tutup mulut

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu suaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.
Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.
Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.
APA NAK DIKATA. PAS BELUM BERKUASA SUDAH BUAT KEPUTUSAN DASAR. BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. DEMI POLITIK KOTORNYA PAS SANGGUP MENJADI KELDAI UNTUK DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan