Halaman

Isnin, 14 Januari 2013

Himpunan auta Anwar!!

Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain. 

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan? 

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat? 

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai. 

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi? 

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka. 

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam. 

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan