Halaman

Rabu, 2 Januari 2013

Isu amanat Hadi: Tak perlu forum TV - Mufti


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi isu Amanat Haji Hadi.
 
"Ia (penjelasan) boleh dibuat secara rakamn dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai untuk dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
 
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman. RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan Abdul Hadi yang ingin meminta RTM dan Kumpulan Media Prima khasnya TV3 memberi peluang kepadanya bagi memperjelaskan isu Amanat Haji Hadi secara langsung selama satu jam.
 
Menurut Rais, kenyataan yang dibuat pemimpin Pas pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
 
"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.
 
Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.
 
"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.
 
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Abdul Hadi untuk menarik balik amanat yang dikeluarkan beliau pada tahun 1981 yang telah menyebabkan perpecahan serta kekeliruan umat Islam dalam negara.
 
Amanat Hadi' dikatakan telah mengkafirkan orang UMNO serta menimbulkan kekeliruan umat Islam. Apa yang terkandung di dalam amanat itu antara lain, mengharamkan daripada memakan daging sembelihan orang UMNO, mengharamkan daripada berkahwin dengan orang UMNO malah mengkafirkan orang UMNO.
 
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan