Halaman

Isnin, 7 Januari 2013

Pemimpin PAS tak sekata


Isu kalimah Allah: Dewan Ulama bercanggah pendapat dengan Mat Sabu

 Dewan Ulama PAS tetap berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam, sekali gus bercanggah dengan pandangan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu. 
Pendirian itu juga bertentangan dengan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ketika berdialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Pendirian saya adalah sama seperti dulu iaitu penggunaan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam,” Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS
 Khusus untuk umat Islam Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, menegaskan agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan kalimah itu, apatah lagi dalam Bible versi bahasa Melayu.
Harun juga mengakui isu penggunaan kalimah Allah bukan lagi isu politik, tetapi membabitkan akidah umat Islam. 
Harakah sebelum ini melaporkan Mohamad Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain.


Ditanya mengenai pandangan pemimpin PAS yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, termasuk Mohamad Sabu, Harun berkata, mungkin mereka merasa lebih tinggi dari kepemimpinan ulama dalam parti.

Sebelum ini, Harun pernah dilaporkan berkata, kalimah Allah hanya untuk Tuhan umat Islam, manakala dalam Kristian terdapat Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus, selain Nabi Isa disebut sebagai anak Tuhan.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendesak Majlis Syura Ulama PAS menetapkan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.

Mohamed Hafiz berkata, tindakan beberapa pihak, termasuk Mohamad Sabu dan Mujahid yang bukan pakar agama tetapi mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu hanya mengeruhkan keadaan dan mengelirukan.

LA: PAS jangan mudah memperlekehkan isu ini.Ini bukan isu politik,tapi membabitkan akidah dan isu sensitif  iaitu isu agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan