Sejak itu, banyak sisi watak sebenar parti itu dihamburkannya kepada umum. Kisah betapa ada pemimpin DAP yang cuba menyogoknya supaya jangan meninggalkan parti itu, kecenderungan DAP memperjuangkan masalah dan isu kepentingan orang Cina sahaja didedahkannya.
DAP marah dan kecewa

Mesej Kongres DAP kali ini bukan dialamatkan kepada ahli DAP sahaja. Ia meliputi sesiapa sahaja yang mahu berbaik dengannya, termasuk PAS dan PKR. Dalam hal ini PAS lebih dahulu mengalami betapa besarnya ego parti dominasi Cina ini.
DAP kerap menegur teras perjuangan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam. Setiap kali ditegur, PAS kelihatan seolah mengalah. Isu hudud dan soal pelaksanaan kawalan akhlak rakyat memperlihatkan sikap lembut PAS yang menggunakan alasan ia ada strategi dan keperluan lebih besar berkawan dengan DAP.
Anwar amat memerlukan penegasan DAP dalam isu perdana menteri. Beliau mahu “menekan” PAS supaya mengubah pendiriannya mahu meletakkan presiden mereka Datuk Seri Haji Hadi Awang menjadi perdana menteri jika Pakatan menang.

Jika Anwar jadi perdana menteri, sudah tentu lebih mudah DAP mencapai matlamat politiknya – menguasai Malaysia.
Kongres DAP kali ini banyak mencerahkan suluhan politik di Malaysia hari ini. Misalnya, isu mengapa PAS tiba-tiba bertukar arah dan tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri?
Mungkin ada pemimpin PAS menganggap Anwar terlalu liberal. Anwar mungkin dilihat tidak ikhlas menyokong perjuangan Islam PAS. Sikap Anwar dalam isu hudud merisaukan PAS.
Meskipun pada satu ketika PAS “naik berang” dan berani mengucapkan ia bersedia melaksanakan tuntutan Islam sama ada DAP bersetuju atau tidak, Anwar memilih untuk terus mengampu DAP.
Maka PAS pun mengumpul kekuatan dan mengerah semangat untuk menyatakan sikap sebenar mereka dalam Muktamar mereka bulan lalu. Mereka mahu Hadi jadi perdana bukan Anwar.
Kini ternyata ahli akar umbi DAP bersifat pendendam. Marahkan Tunku Aziz, semua Melayu diketepikan daripada barisan pimpinannya. Amaran DAP ini jelas berlegar di minda politik Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan