Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

PM harapan terakhir pulihkan Pulau Pinang

Tak dapat digambarkan betapa gembiranya rakyat Pulau Pinang ketika PM kita DS Najib Razak membuat lawatan ke negeri tersebut tempoh hari. Tiada siapa dapat menafikan bahawa lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang Sabtu lepas, sebenarnya telah membangunkan kesedaran dan memberi sinar harapan baharu bagi rakyat Pulau
Pinang.

Setelah hampir lima tahun rakyat Pulau Pinang hidup ibarat 'si buta kehilangan tongkat', ekoran pemerintahan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai perancangan masa depan negeri, kini kehadiran Perdana Menteri mencelikkan mata rakyat untuk menilai apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri.

Rakyat Pulau Pinang sedar bahawa kesemua projek pembangunan yang dilaksanakan sebelum ini adalah perancangan yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008 dan mereka cuma hidup atas nama ibarat "Lembu punya susu, Sapi dapat nama". Ini membuktikan rakyat Pulau Pinang telah celik dan tidak lagi mahu terpedaya dengan sandiwara pembangkang.

Janji perdana menteri untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik di bawah projek PR1MA dengan kerjasama agensi yain sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan kerana kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan membina kos rendah dan rumah mampu milik.

Sebagai contoh, kerajaan negeri zaman BN memang mempunyai dasar perumahan negeri dan dasar itu sentiasa berubah mengikut keperluan dan kemajuan negeri dan pemaju tidak pernah dibebaskan daripada syarat-syarat itu.

Kerajaan BN mewajibkan pembinaan sebanyak 30 peratus rumah kos rendah dua bilik dengan harga RM25,000 bagi setiap projek rumah mewah dan dasar itu pernah berubah kepada mewajibkan rumah kos sederhana rendah dengan harga RM45,000 dengan keluasan rumah tiga bilik yang lebih besar.

Manakala Kerajaan negeri pakatan pembangkang pula tidak mempunyai sebarang dasar perumahan dan disebabkan itu mereka tidak mempunyai perancangan untuk membina rumah untuk rakyat. Selain itu, kerajaan pakatan pembangkang juga telah mengkhianati tanah yang diperuntukkan kepada projek rumah rakyat di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang sepatutnya dijadikan tapak perumahan kos rendah itu telah dijual oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat untuk pembinaan hospital swasta.

Itulah antara contoh sandiwara politik kerajaan pakatan pembangkang dan mereka sebenarnya cuba menunjukkan bahawa kononnya kerajaan di bawah pimpinan mereka semuanya baik tetapi pada hakikatnya mereka tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

Kelemahan pakatan pembangkang dalam mengurus kemudahan infrastruktur dengan baik dan sering lepas tangan apabila berlaku sesuatu masalah menyebabkan rakyat sudah tidak percaya lagi kepada pimpinan pembangkang.

Sebagai contoh, kerajaan negeri membazir wang rakyat berjumlah RM4.3 juta apabila terpaksa meroboh bangunan letak kereta di kaki Bukit Bendera yang mendapat jolokan 'Kancil Park' kerana reka bentuknya yang terlalu kecil.

Tak cukup dengan itu, kerajaan pakatan pembangkang itu pada mulanya cuba menyalahkan kerajaan BN dengan mendakwa projek 'Kancil Park' itu dirancang pada tahun 2007 iaitu semasa zaman pemerintahan BN.

Namun setelah menjalankan siasatan dan mendapati projek itu dimulakan pada tahun 2008, iaitu selepas mereka mengambil alih tampuk pemerintahan, hasil siasatan mengenainya tidak didedahkan dan kerajaan negeri terus merobohkannya.

Selain itu, kereta api kabel baharu Bukit Bendera yang diberikan kerajaan pusat juga dilaporkan sering mengalami kerosakan sehingga menjejaskan perkhidmatan menaiki bukit itu.

Kesemua masalah ini berpunca daripada pengurusan tidak cekap dan kerajaan negeri akan memberi pelbagai alasan kononnya masalah teknikal dan sebagainya, hakikatnya mereka tidak tahu cara mengurus projek kemudahan awam.

Pelaburan asing adalah satu daripada sumber pendapatan utama bagi Pulau Pinang kerana ia tidak mempunyai sumber aslinya sendiri.  Kini, dibawah pemerintahan pakatan pembangkang, kedudukan industri dan pelaburan asing juga menjadi tidak menentu kerana ketiadaan perancangan dan fokus dalam usaha meningkatkan dana pelaburan langsung asing (FDI).

Selain itu, kerajaan negeri sekarang mungkin berbangga dengan pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun keatas dan menganggapnya sebagai kejayaan menjaga kebajikan rakyat. Tapi mereka tak sedar yang pemberian RM100 ini adalah untuk syok (seronok) seminggu sahaja tetapi bukannya perancangan jangka panjang.

Kerajaan BN sebenarnya mempunyai perancangan jangka panjang untuk menjaga kebajikan rakyat dan disebabkan itulah usaha untuk memperbanyak pusat jagaan orang tua dan kanak-kanak diperhebat semasa pemerintahan BN dan perkara ini tidak pernah dirancang oleh pakatan pembangkang.

BN tidak pernah abaikan warga emas dan kanak-kanak malah segala kemudahan yang terdapat untuk golongan itu sekarang adalah apa yang telah diusahakan oleh BN sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan