Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

Pas Kedah cakap tak serupa bikin!!!


Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan  majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi,  tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.
Menurutnya,  Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan  cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.
Ghani berkata  Soo Nee memaklumkannya bahawa majlis itu dianjur bagi menangkis dakwaan  Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa hak bukan Islam terhakis dengan garis panduan mengenai hiburan awam kerajaan Kedah.
Ghani berkata ADUN PKR itu menepati segala keperluan untuk mengadakan pertunjukkan pentas yang mencetuskan kontrovesi dengan penampilan dua penghibur wanita Cina yang berpakaian menjolok mata.
“Sebelum dia buat dia minta kebenaran, lepas itu buat di tempat dia,  tanpa libatkan orang Melayu. (Pertunjukan ini) sempena Tahun Baru Cina. Pandangan saya dia buat itu mengikut prosuder,” kata Ghani pada Antarapos.
“Dia kata dia tidak lah mahu menongkah arus atas enakmen itu cuma dia nak gambarkan pada Chua Soi Lek (Presiden MCA) bahawa orang Cina di Kedah boleh mengadakan acara kebudayaan sempena Tahun Baru Cina.
Soo Nee yang juga Majlis Exco Kerajaan Negeri menganjurkan pertunjukkan itu di Pusat Khidmat Pekan Kulim selepas kerajaan negeri menolak permintaannya untuk mengadakan majlis itu di tempat terbuka.
Di tanya tindakan Soo Nee membawa artis berpakaian menjolok mata, Ghani berkata  perkara itu di luar kawalan beliau.
“Bila penganjur bawa penari itu dia tidak lah tahu selidik pakaian mereka,ini yang dimaklumkan kepada saya,” kata beliau.
Ghani berkata bukan tempatnya untuk merumuskan sama ada pakaian artis berkenaan menjolok mata atau tidak.
“Adakah gambaran seperti itu?  Cara berpakaian itu saya tidak pasti sebab gambaran kata menjolok mata tapi sejauh mana pakaian itu menjolok mata saya tidak pasti…sebab orang Cina ini sudah menjadi satu lumrah dia berpakaian begitu,” kata beliau.
Penghibur dalam pertunjukan anjuran PKR Kulim itu memakai kemeja yang mendedahkan pinggang dan tubuh belakang mereka.
Pada awal tahun ini MCA menyifatkan tindakan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina  melampaui norma biasa.
Garis panduan dilihat menghakis kebebasan bukan Melayu untuk mengadakan pertunjukan awam dan diselar oleh pemimpin DAP serta MCA.
Setelah mendapat bantahan,  kerajaan Kedah membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Januari dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan asalkan mereka berpakaian sopan, termasuk tidak mendedahkan ketiak, dada dan paha.


Cakap tak serupa bikin.Macam ni ke pemimpin yang korang harapkn???nilailah sendiri!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan