Halaman

Selasa, 26 Februari 2013

Zahid: Kenyataan Nik Aziz satu penghinaan


BAGAN DATOH - Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu penghinaan kepada golongan yang memerlukan bantuan berkenaan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata walaupun kenyataan itu berbentuk perumpamaan tetapi ia seolah-olah menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Nik Aziz dalam komennya menyifatkan pelbagai bantuan diberi kepada rakyat sebagai seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

"Cara yang terbaik ialah mengajar dan menasihati penerima supaya bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki melalui manusia yang berkuasa yang terbuka hati untuk menyalurkan bantuan," kata Ahmad Zahid.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Memperkasa Transformasi Ekonomi Bumiputera dan Patriotisme Negara anjuran Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di Wisma Umno Bagan Datoh hari ini.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kenyataan Nik Aziz itu tidak wajar kerana bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu untuk rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat Rumah Hijau Tertutup Ara Kuda di Tasik Gelugor hari ini, beliau berkata BN sentiasa berfikir di luar kotak dengan mencari pelbagai pembaharuan dan kaedah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Anggota Parlimen Tasek Gelugor itu berkata BR1M adalah inisiatif kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan dan kerajaan mampu meneruskan bantuan itu.
Di SEREMBAN, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan seolah-olah penerima BR1M ini tidak ada maruah langsung.

"Pemberian BR1M adalah satu program kesejahteraan rakyat, maknanya duit yang disimpan (yang dikutip) oleh kerajaan melalui pelaburan kita dapat, kita kembalikan kepada rakyat.
Jadi, janganlah menghina rakyat macam itu. Saya harap rakyat akan menilai kenyataan tersebut," katanya selepas majlis penyampaian BR1M 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.
Anggota Parlimen Rembau itu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sambutan BR1M cukup baik sekali.
Katanya, penerima BR1M ini bukan hanya datang untuk menerima duit itu, tetapi turut mendengar penerangan macam mana Perdana Menteri telah mengilhamkan BR1M ini.
"Kita bagi (BR1M) kepada semua rakyat kerana kerajaan kita ini adil. Kita tak tanya pun sokong siapa. Sebagai wakil rakyat saya minta kalau setuju terus sokong kita (Barisan Nasional). - 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan