Halaman

Jumaat, 29 Mac 2013

1,010 suri rumah saman Kerajaan Selangor tuntut RM5.8 juta


Seramai 1,010 suri rumah di Selangor hari ini memfailkan saman RM5.858 juta terhadap Kerajaan Selangor bagi menuntut elaun khas dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Saman difailkan menerusi peguam Kamarudin Ahmad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini jam 10 pagi tadi.

Norlela Abu Bakar, 41, selaku plaintif menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defendan pertama dan kedua dalam tuntutan mereka.

Kesemua plaintif merupakan penduduk kawasan Selayang, Gombak, Ampang, Shah Alam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sungai Besar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.

Apa dah jadi dengan Selangor??mengapa tak tunai-tunaikan lagi janji-jnji manismu itu,kan sekarang dah kena saman.Bayar jangan tak bayar pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan