Halaman

Khamis, 21 Mac 2013

PRU 13: PR Makin Terdesak!!!!


Pembangkang dilihat semakin terdesak kerana sanggup mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M 2.0 bersama risalah kerajaan negeri Selangor untuk mengelirukan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan mensabotaj usaha Barisan Nasional (BN) tersebut adalah untuk terus menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

"Perbuatan mengedar borang BR1M 2.0 dari rumah ke rumah bersama- sama beberapa risalah program kerajaan negeri dianggap tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Ini juga taktik kotor pembangkang kerana resah dengan pengaruh BN yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat berbanding mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri demonstrasi aman Persatuan Ibu Tunggal Kampung Kenanga di Rawang hari ini.

Beliau mengulas aduan penduduk mengenai pengedaran risalah mengandungi borang BR1M 2.0 yang disertakan program kerajaan negeri di kawasan Selayang Height sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, taktik mengedar borang tersebut bersama-sama risalah program dan aktiviti pakatan pembangkang telah dua kali dikesan di Selayang dengan kali pertama membabitkan BR1M 1.0 di Taman Prima Selayang.

"Tindakan ini dilihat mempunyai kepentingan politik dengan cuba memancing rakyat untuk datang ke program pakatan pembangkang.

"Pendekatan ini juga dibimbangi bertujuan mengutip data pengundi yang akan digunakan sebagai strategi politik atau memancing undi menjelang pilihan raya umum," jelasnya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan tidak pernah melantik mana-mana pihak terutamanya pakatan pembangkang untuk menjadi ejen mengedarkan borang tersebut.

"Sila ambil borang di pejabat wakil BN dan kembalikan di tempat yang betul, kita juga khuatir sekiranya borang itu diserahkan kepada orang yang tidak bertanggungjawab," ujar Sohaimi.

Beliau menggesa pihak terbabit agar segera menghentikan eksploitasi terhadap 

borang BR1M 2.0 untuk kepentingan politik dan berharap rakyat lebih berhati-hati supaya tidak terus tertipu.

PR makin terdesak dan mendesak..Kesian sangat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan