Halaman

Khamis, 18 April 2013

Jika Mukhriz MB, San Miguel bolehlah masuk Kedah?

Jika Datuk Mukhriz Mahathir dapat mencapai idamannya menjadi Menteri Besar Kedah, adakah beliau akan membiarkan pengeluar arak, San Miguel Corp (San Miguel) membuka kilangnya di negeri itu?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan persoalan itu selepas mendengar kebimbangan itu dibangkitkan oleh ramai rakyat Kedah yang ditemuinya.

"Saya tidak boleh menolak begitu sahaja kebimbangan rakyat yang disuarakan beberapa kali kepada saya itu.

"Sebab itulah saya terpaksa bertanya adakah Mukhriz akan membiarkan San Miguel membuka kilang araknya di Kedah?

"Maklumlah, abangnya, Datuk Mirzan Mahathir adalah salah seorang pengarah San Miguel," katanya.

Mahfuz amat berharap perkara itu tidak ada dalam perancangan Mukhriz.

"Sebabnya, kalau ada, BN sepatutnya meletakkan pembukaan kilang arak San Miguel di Kedah dalam manifestonya," kata beliau

Mirzan sebelum ini dilaporkan mengakui pegangan syarikat pelaburannya di dalam San Miguel.

Beliau dilantik sebagai salah seorang pengarah San Miguel bagi mewakili kepentingan syarikat pelaburan yang dikuasainya, Q-Tech Alliance Holdings Inc di dalam lembaga pengarah syarikat pengeluar arak itu

Q-Tech, syarikat pelaburan berpengkalan di Manila yang dikuasai Mirzan, membeli pegangan sebanyak 19.9 peratus di dalam San Miguel Corp dengan nilai kira-kira RM2.9 bilion.

San Miguel Corp pula menguasai 51 peratus pegangan di dalam anak syarikatnya yang mengeluarkan arak, San Miguel Brewery Inc.

mengapa Pas bangkitkan isu arak pual,apa muslihat Pas ni??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan