Halaman

Jumaat, 19 April 2013

PAS tuduh percayai, Umno pinggirkan wanita di T'ganu, Kelantan

Ketika Wanita Umno bersedih ekoran mereka disisihkan oleh pimpinan mereka, buat pertama kalinya sejak lebih 40 tahun, PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya umum ini di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan barisan calon PAS di perkarangan Masjid Rusila, Marang malam ini memperkenalkan calon wanita untuk PAS di DUN Kuala Besut.

Calon PAS itu, Nafisah Ismail akan bertanding merebut kerusi DUN Kuala Besut menentang penyandang kerusi berkenaan, Dr. A. Rahman Mokhtar.

Di negeri jirannya, PAS Kelantan pula semalam mengumumkan empat calon wanita dalam pilihan raya umum kali ini.

Mereka adalah Siti Zailah Yusof (Ketua Dewan Muslimat PAS) di Parlimen Rantau Panjang, Mumtaz Mat Nawi (DUN Demit),  Wan Ubaidah Omar (Kijang) dan Rohani Ibrahim (Tanjong Mas).

Dalam pada itu, BN tidak meletakkan sebarang calon wanita samada di Terengganu manakala di Kelantan hanya satu berbanding empat dari PAS dalam pilihan raya umum kali ini.

Apa beza dengan Pas,Pas pon baru nak letakkan calon .Tak yah lah nak lorat sangat Pas .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan