Halaman

Isnin, 29 April 2013

PRU13: Rakyat sudah bangkit, bersedia buat perubahan

 Calon PAS bagi kawasan perlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini bakal menyaksikan kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan Umno BN.

Katanya, mood rakyat ketika ini membuak-buak marahkan BN dan mereka masing-masing tidak sabar menunggu detik 5 Mei ini untuk membuat pilihan.

“Kini sambutan kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara amat hebat. Malam ini tidak kurang 30,000 penyokong PR berhimpun pada ceramah PAS di Pulai, Johor di mana Salahuddin Ayub bertanding.

“Dua malam lepas, cermah di Gelang Patah, Johor, juga lebih 30,000 orang hadir pada ceramah Lim Kit Siang yang melawan Ghani Othman, dan tiga malam sebelum itu, di Segamat, lebih 25,000 orang mendengar ceramah Datuk Seri Chua Jui Meng dari PKR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Jalan Guchil Bayam, Dun Demit dekat sini malam tadi.

Katanya, rakyat kini sudah tidak takut lagi untuk membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Kepada pemimpin Umno-BN yang menzalimi  rakyat, kini rakyat sudah tidak takut lagi.  Oleh itu jangan mempermainkan sentiment rakyat," katanya.

Rakyat bangkit tolak PR.!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan