Halaman

Isnin, 8 Julai 2013

TNB laksana FCPT, perkemas tarif elektrik

TNB


KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT) pada tahun depan sebagai proses penetapan tarif elektrif lebih cekap kepada pengguna.
   
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mekanisme TNB itu merupakan antara komponen dalam program penetapan kadar tarif elektrik Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR).
   
"Suruhanjaya Tenaga sedang dalam usaha melaksanakan IBR dan antara komponen yang akan dilaksanakan ialah mekanisme FCPT.
   
"Di bawah mekanisme ini, sebarang perubahan bahan api yang berlaku akan disalurkan terus kepada pengguna berdasarkan sebarang penetapan tarif yang ditetapkan kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
   
Liang ingin tahu bilakah mekanisme FCPT akan dilaksanakan TNB dalam usaha mencerminkan keadaan kos sebenar bahan api.

Mahdzir berkata dengan pelaksanaan FCPT, pengguna turut diberikan insentif sekiranya tenaga digunakan secara berhemah dan penalti dikenakan sekiranya prestasi penggunaan tenaga tidak memuaskan seperti pembaziran.
   
Bagaimanapun, katanya program itu dilaksana berdasarkan prestasi ekonomi negara yang pada masa sama turut mengambil kira bebanan kos hidup pengguna.
   
Menjawab soalan tambahan Liang mengenai subsidi bahan api yang diberikan kerajaan bagi mengurangkan beban pengguna, Mahdzir berkata kerajaan memberi subsidi ke atas pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik 200 kilowatt ke bawah sebulan iaitu bernilai 21.8 sen per kilo watt/sejam, sejak 1997.
   
Selain itu, katanya kerajaan juga telah memberikan subsidi kepada pengguna yang bil elektrik di bawah RM20 dengan mereka tidak perlu membayar bil tersebut. - Bernama

Terima Kasih TNB..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan