Halaman

Jumaat, 22 November 2013

Anwar berdolak dalih lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Umno-Barisan Nasional semakin terdesak apabila memainkan isu Hudud dan Negara Islam dengan tujuan menyemai kesangsian kaum dan agama.

"Cubaan keji secara ugutan dan menghasut persengketaan agama dan etnik ini merupakan cubaan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar Ibrahim juga mendakwa bahawa pakatan pembangkang mencerminkan politik konsensus. Hairan kerana setahu kita, 'konsensus' membawa maksud persetujuan bersama dan tidak seperti pertengkaran hebat yang berlaku di antara PAS dan DAP.

Manakala, maksud 'bersetuju untuk tidak bersetuju' bukanlah satu konsensus yang tepat.

Malah, kenyataan Anwar mengenai pakatan pembangkang yang 'berpegang kepada perlembagaan menjamin kedudukan Islam di samping  kebebasan agama lain, memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda, mendaulatkan institusi Raja-raja dan keistimewaan Melayu- bumiputera' adalah sekadar ulangan kepada aspirasi UMNO dan BN yang berjuang mempertahankan nilai perlembagaan negara sejak merdeka dulu. 



Malah, Anwar sepatutnya bersyukur kerana pemfokusan terhadap isu moral dan sokongan beliau kepada keselamatan negara Israel sebelum ini turut sejuk dan tidak lagi dibicarakan dek pertengkaran di antara DAP dan PAS. 

Maka sebenarnya, pihak yang terdesak untuk mengalih perhatian rakyat ialah pakatan pembangkang yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat sejarah telah membuktikan bahawa hukum 'bersetuju untuk tidak bersetuju' telah memudaratkan parti DAP dan PAS di PRU. 

Dan selagi parti PAS dan DAP tidak serius menyelesaikan masaalah fundamental ini, selagi itu juga rakyat tidak akan lagi percaya kepada mereka. 

PRU13 nanti adalah masanya untuk rakyat menghukum kedua-dua parti tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan