Halaman

Isnin, 9 Disember 2013

Cina tidak salah undi pembangkang tetapi jangan tipu - Idris

Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron menegaskan beliau tidak pernah sesekali menyalahkan pengundi Cina yang mengundi pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka kecewa dengan penipuan yang dilakukan pengundi Cina dengan tidak mengundi Barisan Nasional (BN) seperti dijanjikan sebelum pilihan raya itu.
Menurut beliau, perbuatan itu bukan sahaja memperlihat sikap khianat tetapi dalam masa sama menjejaskan kepercayaan pihak tertentu.
"Saya tidak pernah marah kepada mereka kerana mengundi siapa pun termasuk pembangkang. Kita kecewa sebab sebelum pilihan raya berjanji untuk menyokong calon BN tetapi terbukti mereka tipu kita selepas diberikan segalanya.
"Bila mereka persoal saya mengapa orang Cina kena minta maaf, itu sangat pelik. Seolah-olah mereka tidak bersalah menipu dan mengkhianati kepercayaan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat bilik operasi Mingguan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Kelmarin, Idris menyatakan kesediaan untuk melupakan perkara itu dan mengajak mereka kembali bersama BN namun keterbukaan itu dibalas pelbagai reaksi negatif oleh masyarakat Cina.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan