Halaman

Khamis, 26 Disember 2013

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

 Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.

Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan. 

Katanya, ia perlu bagi mengesahkan jawatan dan peranan pegawai yang disiasat SPRM. 


Akhbar BH pada November lalu melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan berasingan dan ketika ditahan SPRM turut menemui  wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan turut ditemui adalah sejumlah barang-barang kemas.

Hasil siasatan awal Suruhanjaya ini mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dua daripada pegawai yang ditahan tersebut kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan.

Salah seorang pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Tidak ada yang akan terlepas..Salah tetap salah,tak kira lah siapa pun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan