Halaman

Selasa, 28 Januari 2014

'Cikgu Lembu' patut dibuang dari perkhidmatan

‘Cikgu Lembu’ patut dibuang dari perkhidmatan, bukan dipindah sahaja.

Itu adalah pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengecam tindakan ringan yang dikenakan ke atas seorang guru sekolah rendah di Sungkai ,Perak,ayng mendenda dua muridnya dengan mengepinkan loceng pada baju dan menyuruh mereka memakan rumput.

Khairy berkata demikian di laman Twitternya, semasa mengemukakan komen tentang guru yang dilaporkan ditukar ke sekolah lain dan akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.


Sepatutnya Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP)  mengambil tindakan tegas dan drastik dan bukanya hanya memindahkan sahaja sepatutnya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

Tindakan ringan dari SPP tidak cukup untuk meredakan kemarahan orang ramai terhadap tindakan tenaga pengajar tersebut,

Bak kata perpatah,'kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga'.Oleh kerana hanya seorang dua yang membuat onar,secara tidak langsung telah menjejaskan keseluruhan institusi pendidikan negara.


kadang-kadang tidak hairanlah mengapa ramai pelajar-pelajar sekarang yang mempamerkan tindakan kurang  ajar terhadap guru-guru,kerana guru-guru sekarangpun selalu mempamerkan tindakan kurang ajar terhadap  pelajar-pelajarnya.

Diharapkan selepas insiden ini,tidak ada lagi insiden yang memalukan lagi institusi pendidikan seperti sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan