Halaman

Rabu, 29 Januari 2014

Tak Perlu Pilihan Raya Kecil di Kajang

uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan sebagai sesuatu yang tidak wajar, membazirkan wang rakyat serta membuang masa dan tenaga.

Tindakan tersebut menyebabkan badan bebas itu terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi melaksanakan pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos tersebut tidak termasuk untuk
 perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh agensi-agensi lain seperti polis, tentera, pihak media dan parti-parti politik.

Tegas beliau, walaupun peletakan jawatan Chin Cheh adalah sah dari segi undang-undang, dari segi moral dan politik, bekas ADUN PKR itu diharap dapat menjadi wakil rakyat untuk tempoh lima tahun.
"Kecualilah kalau meninggal dunia, sakit kuat atau tenat atau sebab-sebab lain di bawah artikel 48 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang wakil rakyat itu hilang kelayakkan.

"Pilihan raya kecil ini akan berlaku di Kajang iaitu sebuah bandar yang agak besar, sudah tentu melibatkan kos yang tinggi berbanding di Terengganu atau Kedah, kita terpaksa berbelanja untuk sesuatu yang tidak wajar dan dari segi moralnya tidak betul," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Chin Cheh tanpa alasan semalam.

Nampaknya Anwar terdesak untuk berkuasa sehingga sanggup menyuruh Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar.

Ingatlah Anwar yang rakyat Kajang tidak sanggup dimanipulasikan oleh anda lagi.Ingat apa,pilihan raya ni suka-suka hati kau je nak buat bila-bila dan saja-saja je ek?Harap SPR tidak tunduk dengan permainan kotor PKR ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan