Halaman

Rabu, 19 Februari 2014

Selangor buat janji lagi

Abdul Khalid Ibrahim
Kerajaan negeri mampu memberikan air percuma 20 meter padu kepada penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur sama seperti apa yang dinikmati di Selangor sekiranya penstrukturan semula industri air berjaya diselesaikan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu sebahagian daripada penyusunan semula industri air di Selangor yang dirancang selama ini.

Katanya, sebanyak RM2 bilion diperlukan untuk melaksanakan pemberian air percuma di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Saya belum buat keputusan tetapi bila kita kata penyusunan semula industri air maka ia termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Kita akan salurkan, itu tawaran kepada mereka,” katanya pada sidang media, selepas menghadiri Malaysian Power and Water Summit 2014.

Abdul Khalid berkata, proses rundingan penstrukturan semula itu kini sudah berada di peringkat akhir perbincangan dan keputusan bakal diketahui dalam tempoh dua minggu akan datang.

Katanya, empat syarikat konsesi tersebut masih belum menerima tawaran RM9.65 bilion tetapi beliau yakin kerajaan pusat serta kerajaan negeri positif terhadap pelaksanaan penstrukturan semula itu.

“Kita masih tunggu melalui proses dokumentasi kerana semuanya syarikat senarai awam dan ia perlu dipatuhi,” katanya.
Januari lalu dilaporkan kemelut pengambilalihan industri air di Selangor bakal berakhir apabila kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dengan kerajaan negeri mengguna pakai Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bersama syarat lain.

Antara syarat nya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) perlu melantik dua orang pentadbir syarikat konsesi air bagi menjalankan pengurusan air.

Abdul Khalid dilaporkan memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek itu.

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025, yang sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan Selangor.

Rasanya Khalid tak perlu buat sebarang janji dahulu,baik selesaikan dulu isu air di Selangor yang semakin meruncing itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan