Halaman

Selasa, 19 November 2013

Sultan dah bagi perkenan,apa tunggu lagi??


Sultan Kelantan sudah memberi perkenan baginda dan tempoh pemerintahan PAS di Kelantan berterusan selama 23 tahun (28 tahun pada 2018). 

Lagipun, PAS berkuasa majoriti dalam DUN dan prasarana juga cukup. Dalam manifesto dan ceramah pilihan raya, pemimpin PAS masih menjaja isu ini. 

Menjelang PRU-13, PAS Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal (entah untuk kali ke berapa) bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud yang dipengerusikan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, kini Timbalan Menteri Besar.

Namun, jawatankuasa ini tidak pernah dilaporkan bermesyuarat. PAS juga menambat hati pengundi Melayu-Islam Kedah dengan menjanjikan pelaksanaan hukum hudud jika menang dalam PRU-13. 

Apabila PAS menang, Menteri Besar (Allahyarham) Tan Sri Azizan Abdul Razak memberi alasan pentadbirannya akan melaksanakan hukum hudud di Kedah selepas Kelantan.

Sebenarnya bukan pasal Dr Mahathir, perkenan Sultan atau sekatan Perlembagaan. Hakikatnya ialah PAS takutkan DAP. Karpal pernah memberi amaran untuk langkah mayatnya jika PAS mahu melaksanakan hudud. 


Karpal kini berusia 73 tahun. PAS mungkin mahu tunggu Karpal benar-benar mati untuk merealisasi matlamat parti. Tapi percayalah, andainya Karpal meninggal dunia, masih ada ‘karpal’ lain dalam DAP yang akan tetap membantah hasrat PAS. Maknanya, selagi PAS bersama DAP dalam pakatan politik, selama itulah ia terpaksa menggigit jari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan