Halaman

Rabu, 10 Oktober 2012

Tolak projek Rapid

Tolak projek Rapid
Lebih 3,000 peserta dari seluruh pelusuk negeri ini berkumpul dan membanjiri Dataran Sungai Rengit di sini semalam, bagi memberi sokongan kepada Himpunan Hijau Lestari Pengerang.

Perhimpunan selama dua jam bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari itu berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak keselamatan.


Ketua PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghentikan projek Rapid apabila mereka berjaya menawan Putrajaya ketika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Tolak projek Rapid

 Himpunan Hijau Lestari Pengerang dilihat sebagai usaha pihak pembangkang untuk mencari modal bagi berhadapan dengan PRU13.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perhimpunan yang kononnya bertujuan membantah projek Rapid dan projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang itu disifatkan sebagai tindakan yang sengaja untuk memburukkan projek pembangunan kerajaan.

Katanya, beliau juga menafikan kenyataan penganjur yang mendakwa menjemputnya ke perhimpunan berkenaan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan projek tersebut.

“Saya tidak pernah menerima sebarang pelawaan daripada mereka sebelum ini, kalau betul mereka hendak jemput saya, mereka boleh hantar surat jemputan di Parlimen atau pejabat saya.

“Pada perhimpunan itu mereka hanya letak kerusi dan tampal nama saya, kemudian kata saya tidak datang. Kepimpinan mereka ini dari atas sampai ke bawah kerjanya menipu sahaja,” katanya ketika dihubungi pemberita.



Sumber: Sinar Harian
LA: Pembangkang ketandusan idea bila melibatkan Projek Rapid sebagai modal untuk politik kotor mereka.Dan yang sedih,ada yang terlibat sama,memberi sokongan untuk menentang projek tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan