Halaman

Selasa, 27 November 2012

Kononya lebih 6,000 keluar bertemu Anwar di panas mentari


 PKR mendakwa lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.
Ye la tu, PKR.Kita tengok je lah nanti.

Doa: Mashitah kata untuk beri peluang PAS bertaubat..


Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu. 

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini ~ Malaysiakini 

Pas menuduh Mashitah cuba memperbodohkan rakyat yang bukan Ahli UMNO .
 dengan angkuh Pas mendakwa kerajaan UMNO/BN memberikan peluang untuk bertaubat dan bermuhasabah kepada PAS sedangkan tiada kesalahan yang dilakukan oleh PAS..
Inilah ayng dikatakan bodoh sombong.Pas memang suka berlagak dan bermegah diri. Pas adalah parti yang tidak boleh ditegur dan menerima teguran dariapda orang lain.



Tak sudah-sudah nak buat kacau!!

rapid2xx

Dimana saja ada projek besar yang akan beri impak kepada peluang pekerjaan dan ekonomi setempat di situ mereka datang nak buat kecoh.Lepas kacau Lynas di Kuantan,kemudian Raub …pagi Ahad mereka berhimpun Dataran Merdeka.
 Geng pembangkang,kebanyakan orang Cina dari  luar sertai Himpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit kononnya untuk membantah impak alam sekitar  projek loji minyak dan gas Petronas RAPID bernilai RM60 billion.Apapun sasaran mereka hendak menghimpunkan 20,000 di situ nyata gagal.Rata-rata yang datang adalah di kalangan mereka juga.
Pembangkang mengharapkan perhimpunan seperti ini akan bagi markah politik untuk mereka pada pilihanraya umum ke 13.
LA:Kalau ikut pembangkang kita semua kena duduk dalam hutan.Jangan ada pembangunan.Mereka tentu senang hati negara tidak maju.Lynas protes…sini protes…bodoh sangat ke kami nak ditipu oleh gelagat pembangkang yang standard ini seperti dah kekeringan modal pembangkang untuk meraih undi daripada pengundi di luar sana.

Isnin, 26 November 2012

Konspirasi singkir saya adalah rekaan ,ye ke??


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan hanya satu rekaan semata-mata.

Beliau berkata, dakwaan seumpama itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya. 

"Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum balas kepada perkara seperti ini. Tidak ada masalah (di dalam parti), ini semua rekaan. Ini adalah salah satu daripada demokrasi. Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini.

"Tiada masalah...macam-macam (akan berlaku) walaupun pilihan raya umum, pilihan raya satu parti politik... ini biasa. Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu yang penting," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini memetik kenyataan bekas pemimpin parti DAP, Tan Tuan Tat, yang mendakwa terdapat konspirasi untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti bulan depan. - Bernama


LA: Biasalah ayat penyedap badan.. Kalau anak jantan karpal harus terimaa hakikat .. kata hebat sangat !!! huhhh !!!!

Hinanya PAS!!



Ketika umat Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman rejim Israel dan mendoakan keamanan serta keselamatan rakyat Palestin, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO dihancurkan. Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin diimamkan adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang berkenaan.

Antara kandungan doa yang dipimpin oleh Nik Razi ialah meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati. Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam. Perbuatan memohon doa keburukan kepada orang Islam lain ditegah oleh agama. Umat Islam sepatutnya berdoa supaya dihapuskan musuh agama dan bukan meminta supaya dihancurkan sesama Islam. Perbuatan itu tidak bagus kerana ahli UMNO adalah Islam. Sepatutnya kita mendoakan yang baik untuk sesama Islam.

PAS Doa Hancur UMNO. Tapi Najib Doa Kebaikan Untuk Semua.


MasyaAllah,beza antara Pas dan BN.

PAS minta ahlinya pantau penjualan tanah bumiputra

PAS disetiap negeri disaran menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memantau serta memberikan penerangan kepada rakyat terutamanya orang Melayu tentang risiko penjualan tanah mereka.

Demikian kata Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Beliau mengulas penjualan tanah kepada bukan bumiputra yang banyak berlaku di Seberang Prai sekarang ini.

Bagi beliau, ia boleh dielak sekiranya pengetahuan dan kesedaran timbul di kalangan orang Melayu jika ada parti seperti PAS main peranan.

Pas menuduh banyak peristiwa penjualan itu sendiri diuruskan oleh pemimpin Umno tempatan dengan harapan mendapatkan keuntungan peribadi.

"Mereka jadi broker untuk menggalakan pembangunan kononnya tetapi hasrat sebenar ialah mahukan kepentingan peribadi.  Mereka sanggup jadi orang tengah semata-mata mengaut keuntungan.  Dalam soal ini siapa sebenarnya petualang bangsa PAS atau Umno," katanya lantang.
Pas tidak habis-habis busuk hatinya dengan pemimpin BN.

Sumber: Harakahdaily  26 Nov 2012