Halaman

Isnin, 26 November 2012

PAS minta ahlinya pantau penjualan tanah bumiputra

PAS disetiap negeri disaran menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memantau serta memberikan penerangan kepada rakyat terutamanya orang Melayu tentang risiko penjualan tanah mereka.

Demikian kata Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Beliau mengulas penjualan tanah kepada bukan bumiputra yang banyak berlaku di Seberang Prai sekarang ini.

Bagi beliau, ia boleh dielak sekiranya pengetahuan dan kesedaran timbul di kalangan orang Melayu jika ada parti seperti PAS main peranan.

Pas menuduh banyak peristiwa penjualan itu sendiri diuruskan oleh pemimpin Umno tempatan dengan harapan mendapatkan keuntungan peribadi.

"Mereka jadi broker untuk menggalakan pembangunan kononnya tetapi hasrat sebenar ialah mahukan kepentingan peribadi.  Mereka sanggup jadi orang tengah semata-mata mengaut keuntungan.  Dalam soal ini siapa sebenarnya petualang bangsa PAS atau Umno," katanya lantang.
Pas tidak habis-habis busuk hatinya dengan pemimpin BN.

Sumber: Harakahdaily  26 Nov 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan