Halaman

Rabu, 25 Julai 2012

PAS,DAP tak Sebulu


Berbeza pendapat dasar negara Islam, hukum hudud

PAS tetap dengan dasar perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Perbezaan pendapat ini diakui sendiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, tetapi hal ini tidak seharusnya diperbesarkan kerana bagi umat Islam sendiri, mereka perlu menerima hukum itu.Dan katanya, kerjasama dalam pangkatan pembangkang tiada masalah.
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya. 
Kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysiadan manifesto dalam pilihan raya akan datang.
Sementara, Pesuruhanjaya PAS Johor, datuk Dr Mahfodz Mohamed, dilaporkan berkata penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undangsyariah adalah agenda utama parti itu.

Sumber: BH 25 Julai 2012

LA: beranganlah pakatan pembangkang nak tadbir Malaysia,kalau sesama mereka pon bertelagah.fikir-fikirkan la rakyat Malaysia semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan