Halaman

Rabu, 25 Julai 2012

Anwar rancang beli YB BN

Kuala Lumpur- Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa akan memujuk dan membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak jika masih gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.
Ia adalah taktik lama Anwar seperti janjinya untuk menawan Putrajaya pada 16 September selepas pilihan raya 2008.
Mahu mencuri
Perkara itu didedahkan bekas Naib Presiden PKR,Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada penulis portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, di Hotel Federal Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Anwar sebenarnya langsung tidak merancang memenangi pilihan raya di Sabah dan Sarawak. Beliau hanya mahu "mencuri" wakil rakyat BN selepas pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan melalui lompat parti. 
"Jeffrey sebelum ini menjelaskan beliau menentang perancangan itu kerana tiada jaminan terhadap kesetiaan (wakil rakyat yang dibeli),"katanya dalam entrri terbaru portal itu.
Raja Petra mendakwa, Jeffrey ada memberitahunya Anwar tidak bersedia menerima pembelot daripada BN kerana menganggap ia akhirnya hanya menambah beban kerja pemimpin PKR itu.
Katanya, Jeffrey juga turut meluahkan kebimbingannya terhadap usaha Ketua Pembangkang unutk membeli wakil rakyat BN sebelum pilihan raya.
Bagaimanapun, Raja Petra mendakwa wakil rakyat BN yang 'dibeli' hanya akan melompat parti selepas PRU-13.
Berikutan iut, katanya,pembangkang terpaksa bekerja keras supaya menang terlebih dulu tetapi cara ini amat berisiko.
Katanya,Jeffrey melihat langkah itu akan mengakibatkan pembangkang terpaksa memberi laluan kepada wakil rakyat BN yang sudah dikenal pasti dan memastikan mereka menang pilihan raya sebelum berpaling tadah.

Sumber: BH 25Julai 2012

LA: taktik kotor Anwar.Dah terdesak sangat ke nak jadi PM Anwar oi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan