Halaman

Selasa, 17 Julai 2012

Pelajar boleh bawa telefon,gajet ke sekolah

Kuala Lumpur-Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah bermula tahun depan dengan beberapa syarat bagi memastikan ia tidak menganggu pelajaran. 


Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Jawatan Kuasa mengenai Isu Displin peringkat kementerian berikutan rayuan daripada ibu bapa selain faktor mendapati ia sebagai satu keperluan.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata kementerian akan menggubal peraturan berhubung pengunaan gajet, termasuk telefon bimbit di sekolah dan menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara.


"kalau peraturan itu dapat disiapkan secepat mungkin dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kita akan dapat membenarkan penggunaannya tahun depan. pokoknya, ia mesti ada satu garis panduan yang jelas.


"sebelum ini kita tidak membenarkan (penggunaan telefon bimbit) kerana bimbang ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran tapi keputusan ini kita buat setelah melihat keperluan dan rayuan ibu bapa.


Keperluan semasa 
"kementerian juga kini dalam proses untuk menyediakan pembelajaran maya dengan menggunakan apa saja teknologi terkini.Hari ini ,gajet juga sebahagiannya boleh digunakan sebagai telefon bimbit,"katanya ketika dihubungi di sini,malam tadi.


Pada 2009 kerajaan memutuskan semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah termasuk sekolah berasrama bagi memastikan sistem pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.


Ka Siong berkata,kementerian akan menetapkan waktu tertentu bagi membolehkan pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah untuk menghubungi ibu bapa.


Kita akan adakan peraturan seperti menyekat pengunaannya pada waktu belajar ataupun ketika berada dalam kelas dan kita mungkin membenarkan pengunaannya pada waktu rehat ataupun selepas waktu persekolahan," katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan