Halaman

Selasa, 17 Julai 2012

Usah gopoh ambil alih SYABAS

Kuala Lumpur- Kerajaan Selangor diminta tidak tergesa-gesa membuat keputusan mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebelum mengadakan perbincangan dengan kerajaan  persekutuan.

Kerajaan Selangor perlu berbincang bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi meneliti langkah lebih sesuai bagi menambah bekalan air bersih seperti pembinaan Loji Air Langat Dua.

Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata cadangan mengambil alih syairkat konsesi yang mempunyai tenaga mahir seperti SYABAS adalah langkah rumit berikutan akn memberi lebih penderitaan kepada rakyat.

"Kalau dia (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kata ada air,di mana?kalau dia nak buat loji baru, di mana?perlu ada bukti sebelum keputusanseperti ini diambil.

Belum terima Penjelasan SPAN

"setakat ini kita belum terima penjelasan dan nasihat dari SPAN berhubung pendirian mengambil alih SYABASdan semua keputusan akhir hanya boleh dibuat selepas menerima surat rasmi dari kerajaan Selangor,"katanya ketika dihubungi BH,semalam.

Beliau mengulas keputusan kerajaan Selangor ingin mengambil alih pengurusan SYABAS dalam tempoh 14 hari kerana mendakwa syarikat itu gagal membei perkhidmatan air yang terbaik kepada pengguna.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWEER), S Piarapakaran, berkata keputusan kritikal itu perlu dirujuk kepada Persekutuan dan hanya sesetengah keputusan kecil saja boleh dibuat SPAN.

SPAN perlu menjalankan audit dengan mengambil kira apakah permintaan dan masalah bekalanair berdasarkan data rasmi sebelum keputusan penukaran SYABAS,"katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN,Datuk Teo Yen Hua,pula berkata pihaknya belum menerima surat makluman kerajaan Selangor berhubung keputusan mengambil alih pengurusan SYABAS.

"Keputusan kerajaan Selangor ini perlu dirujuk kepada mesyuarat bersama Kerajaan Persekutuan,"katanya.


LA:Kerajaan Selangor jangan jadi "Tin Kosong".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan