Halaman

Selasa, 14 Ogos 2012

Ada agenda tersendiri

NGO tak serius selesaikan isu royalti minyak Kelantan

Tindakan badan bukan kerajaan (NGO)prokerajaan PAS Kerajaan menolak Jawatankuasa,Khas Petroleum,membuktikan mereka tidak serius menyelesaikan isu royalti minyak di negeri itu.Sebaliknya mereka didakwa cuba mensensasikan isu itu, supaya rakyat membenci Kerajaan Pusat,
politik isu demi kepentingan peribadi
Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata NGO berkenaan mahu mengembar gemburkan dan mempolitikkan demi kepentingan peribadi mereka.
Tak ikhlas
 " Pihak ini tidak ikhlas untuk memperjuangkan masalah negeri ini, sebaliknya menyamar dengan menunjukkan mereka memperjuangkan hak rakyat, sedangkan ada kepentingan sendiri, katanya kepada pemberita majlis meraikan dan berbuka puasa bersama anak yatim di sini kelmarin.
Beliau mengulas tindakan 58 NGO Kelantan menolak Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil pertoleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Pada persidangan Meja Bulat NGO Kelantan,baru-baru ini mengusulkan enam resolusi untuk dihantar kepada Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Mohd Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdaan Menteri berkata, pihak berkenaan sepatutnya tidak mengambil keputusan sedemikian kerana ia dibuat Perdana Menteri selepas rundingan dengan pelbagai pihak.
Kaedah terbaik
Sebarang isu tidak boleh selesaisekiranya pihak berkenaan mengadakakn perarakan jalanan ,sebaliknya kedah terbaik ialah melalui perbincangan serta rundingan membabitkan pelbagai pihak bertauliah.
Keputusan Najib melantik tokoh tertentu mengetuai jawatankuasa berkenaan membuktikan Perdana Menteri inginkan jawatankuasa khas itu dikendalikan secara profesional selain menjemput setiap negeri menghantar wakilnya,katanya.

Sumber:BH 14 Ogos 2012

LA: Gunting dalam lipatan.hati- hatilah rakyat Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan