Halaman

Rabu, 15 Ogos 2012

Pembangkang tidak matang

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar pemimpin pembangkang yang dilihat cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang di sebalik kemelut yang berlaku dalam pakatan berkenaan.
Sambil menyifatkan pembangkang tidak matang, beliau meminta mereak tidak cuba menuding jari dan menyalahkan pihak lain dalam isu berkenaan ,selain menyifatkan dakwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan hanya apabila PAS dan DAP berpecah sebagai tidak masuk akal.
"Kerajaan BN tak perlu tunggu PAS dan DAP berpecah untuk bubar Parlimen kerana mereka sudah lama bersedia berdepan pilihan raya umum,"katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau,semalam.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Parlimen akan dibubarkan apabila wujud perpecahan di antara PAS dan DAP dalam isu negara Islam serta hudud.Laporan turut menyebut hubungan dua parti itu kian kukuh walaupun diasak kerana kebijaksanaan pimpinan pakatan pembangkang menyelesaikan isu di meja rundingan.

Sumber: BH 15 ogos 2012
LA: kenapalah pembangkang ni,suka sangat menuding jari kepada orang lain atas silap mereka sendiri.Tak reti ke, nak mengaku slaah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan