Halaman

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kedudukan YB Bachok ditentukan waktu terdekat

Nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa,akan ditentukan dalam mesyuarat bersama antara jawatankuasa parti peringkat pusat dan Majlis Syura Ulama jika gagal menjelaskan kedudukannya dalam parti dalam waktu terdekat.
ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,berkata memandagkan Ahli Parlimen Bachok itu masih lagi ahli Majlis syura Ulama,beliau digesa menghubungi jawatankuasa  itu untuk memberi penjelasan dengan segera.
beliau berkata,kenyataan Nasharudin mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang bertentangan dengan pemimpin itu sendiri ucapkan dalam muktamar  bahawa keputusan Tahaluf Siasi bersama DAP dan PKR melalui satu perbincangan mendalam dengan ulama muktabar.
"Ia bukannya keputusan dia kedai kopi atau di tepi jalan.Oleh keraan kenyataan itu bertentangan dengan apa yang beliau nyatakan sebelum ini,beliau perlu menjelaskan kedudukan.
"Jika kenyataan ini diselewengkan, kita harap beliau dapat membuat penjelasan bagi mengelak kekeliruan berpanjangan";katanya dalam satu kenyataan.,semalam.

Sumber: BH 17 Ogos 2012
LA: Tunggu dan lihat 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan