Halaman

Jumaat, 17 Ogos 2012

SELCAT cuba sembunyi rahsia TALAM

Tindakan berdiam diri Jawatankuasa Mengenai Keupayaan,Kebertanggunjawaban dan ketulusan Selangor(SELCAT) berhubung isu Talam Corporation Berhad (Talam) dilihat cuba menyembunyikan rahsia daripada pengetahuan umum.
Bekas Pengerusi DAP cawangan Sri Sungai Pelek, Dr Tan Tuan Tat, berkataMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal menjawab serta memberi penjelasan kepada umum berhubung perkara itu yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat.
Beliau berkata, menjadi persoalan lagi apabila pemimpin Dap Dilihat lebih bersungguh -sungguh tampil menjawab isu berkenaan bagi pihak kerajaan negeri Selangor dan juga pemimpin PKR.
Sebaliknya Anwar yang mendakwa berpengalaman dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada satu ketika dulu hanya mendiamkan diri daripada memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
"sebab itu orang menamakan SELCAT sebagai "mahkamah kangroo" dan hanya menjadi pasar untuk menjual kucing. Mereka banyak hipokrit,sebab itu saya sudah hilang kepercayaan
Saya juga sudah hilang kepercayaan kepada parti dan jawatan kuasa displin (DAP) dengan ini saya akan mrnghantar surat perletakan jawatan dan keluar daripada parti berkuat kuasa serta merta.
saya ingin  tanya kepada mereka siapa yang membuat keputusan dan bagaimana boleh kehilangan begitu banyak duit rakyat ,kita tidak bercakap soal nilai ribuan ringgit sebaliknya jutaan ringgit,katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, tindakan kerajaan negeri yang membeli aset Talam dengan nilai yang tinggi di beberapa lokasi tidak strategik bukan saja merugikan duit rakyat, malah meembuktikan kelemahan dalam mentadbir negeri Selangor.
Ditanya sama ada ramai lagi ahli serta pemimpin DAP pada peringkat akar umbi akan mengikut jejak langkahnya, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

Sumber:BH 17 Ogos 2012
LA: Berani kerana benar,takut kerana salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan