Halaman

Selasa, 9 Oktober 2012

Kerjasama Pas-DAP canggah kehendak Islam, dakwa Shahnon





Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.
Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.
Menyentuh e-novel 'Mahabbah', Shahnon berkata, ia mengenai perjuangan seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa tetapi ada hati yang kuat untuk menyatu padukan orang Melayu menerusi doanya kepada ALLAH.
Katanya e-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu walaupun masing-masing berpegang kepada cara tersendiri untuk hidup damai dan harmoni. 

LA: PAS memang sudah tersasar daripada perjuangannya bila mana bergabung dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan