Halaman

Selasa, 9 Oktober 2012

Pas: Projek Rapid diteruskan jika diberi mandat

Salahuddin Ayub


Pas menjelaskan bahawa mereka akan meneruskan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, walaupun ditolak rakan sekutu PKR.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ia pandangan peribadi dan tidak menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi mana-mana pihak mengeluarkan pendapat.
Sekiranya pembangkang diberi mandat dalam pilihan raya nanti, projek Rapid akan diberi perhatian, malah Petronas boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mendakwa adalah satu pembaziran bagi menggunakan wang sebanyak RM60 bilion bagi pembinaan satu loji penapis kerana kerajaan telah mempunyai loji yang sedia ada milik Petronas di Kerteh, Terengganu.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan projek Rapid adalah sebuah projek nasional di bawah kendalian Petronas yang bakal memberi pulangan besar untuk diagihkan semula kepada rakyat.

Beliau juga turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang mempersoalkan projek berkenaan dan dilihat sebagai strategi mengalih perhatian masyarakat daripada masalah dalaman mereka.


LA: Pelik dengan pembangkang ni,perkara yang boleh bagi faedah dan kebaikan pada rakyat pun mereka nak tentang.Apa sebenarnya yang mereka mahukan.Adakah mereka mahu melihat rakyat hidup menderita dan dibelenggu kemiskinan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan