Halaman

Jumaat, 12 Oktober 2012

Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas


Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).


Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua.

Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas.


LA: Apa salahnya berkerjasama sesama Islam untuk kebaikan ummah,dengan yang kafir tak ada masalah pula untuk PAS berkerjasama,tapi bila dengan UMNO,banyak pula yang tak boleh.Tengok siapa yang bodoh sombong sekarang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan