Halaman

Jumaat, 12 Oktober 2012

Zul Nordin mahu DAP nafi campur tangan paderi asing

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin menggesa DAP menafikan penglibatan dan campur tangan paderi asing, yang turut menyalurkan dana bagi aktiviti politik mereka.Menurutnya, paderi asing yang berasal dari Afrika Selatan dan United Kingdom memberi dana kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menewaskan Umno.

Dalam laporan yang saya peroleh itu, menyatakan paderi asing ini memberi dana kepada DAP dan PR untuk kalahkan Umno dan  di majlis kesyukuran di Hotel Red Rock di Pulau Pinang pada Mei tahun lalu serta didedahkan oleh ahli DAP sendiri.

"Jadi saya minta DAP nafikanlah supaya tindakan susulan diambil," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, di sini.Kelmarin, satu portal media tempatan melaporkan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian."


Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran tersebut untuk menyatakan kesyukuran dan laporan akan dibuat atas tuduhan yang tak berasas itu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara ini serius dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.Kalau mereka perlukan saya untuk membantu siasatan, saya akan memberi kerjasama dan tidak takut dengan pendedahan perkara itu," katanya lagi.


LA: Isu yang sangat serius dan sensitif.Minta dijauhakn sejarah luka berulang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan