Halaman

Selasa, 30 Oktober 2012

PKR gesa wujud garis panduan iklan pembantu rumah


PKR menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk mengeluarkan satu garis panduan khusus kepada agensi pembantu rumah supaya tidak mengeluarkan iklan yang boleh memberi implikasi kurang baik.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, iklan tersebut tersebar luas sehingga menerima surat protes yang dihantar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Seharusnya, kementerian memantau iklan-iklan seperti ini supaya tidak menyentuh maruah dan sensitiviti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Katanya, iklan tersebut jelas menunjukkan sikap kurang bijak dan tidak wajar dipaparkan.

“PKR akan menghantar surat kepada syarikat ini supaya menarik iklan ini dan dihentikan serta-merta.

“Jika perlu, mereka boleh membuat permohonan maaf di atas sikap kurang sensitif dan menyentuh maruah seperti ini,” katanya.


Sumber:Sinar Harian 30 Oktober 2012

LA: PKR lebih fokus isu remeh dari isu besar di Selangor.Isu air lagi pentinglah PKR oi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan