Halaman

Selasa, 30 Oktober 2012

Rakyat Malaysia disyaki pengganas bukan anak peneroka


Salah seorang rakyat Malaysia yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda bukan anak peneroka, sebaliknya hanya anak kakitangan Felda.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, Mohd Razin Shaaban, 28, merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Felda, namun tidak menamatkan pengajiannya di kolej itu.
Mohd Isa berkata, pihaknya juga pernah menghubungi keluarga Mohd Razin, namun mereka juga tidak dapat mengesan anaknya itu.
 
“Kes ini tidak ada kena-mengena dengan Felda. Sudah terbukti dia bukan anak peneroka, jadi tidak ada apa yang perlu Felda risaukan,” katanya.
 
Media semalam melaporkan, dua rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda ditahan di Beirut Hamra kerana disyaki merancang serangan ganas di negara berkenaan.


Sumber: Sinar Harian 30 Oktober 2012
LA: orang kata, kalau nak tuduh,biar bersaksi.Jangan buat tuduhan melulu sahaja.Buruk padahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan