Halaman

Khamis, 29 November 2012

Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk'



Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya "bagai telur di hujung tanduk" selepas pilihan raya umum 2008.

Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu "akan semakin terpinggir" kemudiannya.

"Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.

"Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?" katanya.

Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan "Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan", Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.

"Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah suamua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara," katanya.
Cabaran tersebut merupakan salah satu daripada lima cabaran yang digariskan oleh Shahrizat dalam ucapannya yang disampaikan kepada 979 perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.
Tapi Pas melihat dari sudut yang lain,apabila Pas mengatakan ucapan Shahrizat boleh mencetuskan huru hara di negara ini.Sebenarnya Pas tidak faham apa yang dikatakan oleh Shahrizat.Pas suka memutar belitkan fakta.takut dek kerana kerakusan Pas ini boleh memecahkan belahkan kaum di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan