Halaman

Khamis, 22 November 2012

PAS desak Taib Mahmud wajar isytihar harta

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mencabar pemimpin-pemimpin BN negeri terutama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya mengisytiharkan harta.

“Selain daripada menunjukkan ketelusan BN, ini juga dapat menangkis dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri yang dikhabarkan mempunyai harta bilion ringgit di luar dan dalam negara,” kata ketuanya, Mohd Arifiriazul Paijo (gambar).

Ini, katanya termasuk dakwaan hubung kait keluarga Ketua Menteri dengan syarikat-syarikat utama di negeri itu.
Beliau mengharapkan pemimpin Barisan Nasional negeri terutama Ketua Menteri sudi menyahut seruan itu.

BN tidak penah gentar menyahut cabaran daripada pembangkang.Cuma pembangkang sahaja yang masih tidak berpuas hati  walaupun cabaran mereka telah disahut.Pas memang tidak penah berubah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan