Halaman

Khamis, 22 November 2012

Selangor lulus 1,278 pusat hiburan,jadi sarang maksiat!

Exco Selangor, Ronnie Liu Dakwa Hadapi Masalah Cegah Sarang Maksiat Di Negeri Itu
Kerajaan negeri mengeluarkan sebanyak 179 lesen bagi aktiviti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi,spa,sauna serta gimnasium di bawah kategori lesen pusat penjagaan kesihatan di bawah Undang-Undang  Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan sejak 2008.Sementara itu katanya  sebanyak 1278 pusat hiburan  dan 224 hotel bajet yang diluluskan  kerajaan negeri dari 2008 sehingga 2012.kata Ronnie Liu yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajain dan Penyelidikan Negeri Selangor.Beliau mengeluarkan kenyataan ini berikutan pertanyaan daripada soalan Khasim Abdul Aziz (BN-Lembah Jaya)bertanya mengenai  langkah yang diambil kerajaan negeri dalam melakukan pemantauan di pusat refleksologi yang didakwa melakukan kegiatan bertentangan dengan syarat pengeluaran lesen.Dan disebabkan itu PBT tidak dapat membendung gejala maksiat di negeri itu.

Adakah ini cara yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk menambah dana kewangan bagi negeri mereka?Apa nak jadi dengan PKR sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan