Halaman

Rabu, 14 November 2012

Anti Lynas: Jalan kaki Kuantan - KL bermula hari ini


Protes terhadap Lynas di teruskan hari ini dengan Wong Tuck selaku pengerusi Himpunan Hijau secara solo memulakan kempen berjalan kaki dari perkarangan Masjid Negeri Kuantan menuju ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Acara pelepasan beliau turut di sertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang menyokong penuh sebarang kempen kesedaran bagi membantah operasi Lynas di Gebeng.

Turut serta ialah Andansura Rabu (TYDP Pas Indera Mahkota/Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pahang), Fuziah Salleh (MP Kuantan), Ustaz Syed Anis (PAS Kuantan) serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain yang berjuang menentang operasi Lynas di bawah gabungan SLC (Stop Lynas Coalition) dan Himpunan Hijau.

Kempen ini akan berlangsung  selama 10-13 hari dan Wong Tuck berharap agar dapat mencapai jarak yang di tetapkan iaitu 25-30 km sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November 2012.

Mengapa Pakatan Rakyat perlu berbuat demikian.Bukankah ini semua hanya akan menyusahkan rakyat  Pahang dan hanya menyebabkan keadaan lagi huru hara,Kalau ank protes pon banyak cara lagi bukan dengan cara yang menyusahkan rakyat,Ini Malaysia,bukan luar negara yang sikit-sikit tak puas hati buat demonstrasi.Ini bukan budaya rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan