Halaman

Jumaat, 30 November 2012

Satu pengundi, satu Harakah


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan:


1. Saya mengarahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat iaitu negeri, kawasan dan cawangan supaya memperkukuhkan Harakah cetak, satu - satunya media parti dengan membeli dan mengedarkannya kepada seluruh pengundi secara manual iaitu dari tangan ke tangan disamping memasyhurkan Harakah edisi online untuk diakses oleh semua.

2. Meningkatkan keberkesanan Harakah sebagai lidah rasmi parti, saya juga berharap agar Harakah terus peka dengan teguran dan penambahbaikan dari semua pihak agar senantiasa segar, pantas, benar dan mesra semua golongan sasar tanpa memudarkan prinsip perjuangan yang didokong dan meminggirkan agenda teras parti iaitu Islam untuk di hantar kepada pengundi sekaligus membina aqidah, fikrah dan syakhsiyah mereka.

3. Mekanismenya saya serahkan kepada kebijaksanaan Dewan Pemuda PAS negeri - negeri untuk memastikan polisi "Satu Harakah - Satu Pengundi" dapat dilaksanakan dengan baik , lancar dan berkesan. Dewan Pemuda PAS Negeri boleh melanggan Harakah secara alangsung dari bahagian pemasaran di pejabat Harakah ataupun melalui pengedar Harakah di negeri masing - masing.

4  Pendekatan ini juga akan menjadi peluang dan ruang pemuda turun padang bertemu pelbagai segmen pengundi khasnya pengundi muda "face to face" dan menyerahkan Harakah "by hand" kepada mereka sekurang - kurangnya seminggu sekali.


Cara Pas untuk pancing undi.Mengapa baru sekarang mereka nak buat, selama ini mereka tak turun padang ke?tak buat kerja ke?Dekat nak pilihan raya baru sibuk nak tunjuk muka pada rakyat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan