Halaman

Selasa, 11 Disember 2012

ANWAR VS "SIVAJI 'THE BOSS!!

 Anwar Ibrahim, boleh 'jadi' sesiapa sahaja, bergantung kepada keadaan, suasana dan tempat. Boleh 'jadi' Sivaji The Bos, Presiden Barrack Obama, Paul Wolfowitz, hatta Salman Rushdie.
Anwar hanya mahu sokongan kaum India sahaja untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Setelah dia menjadi Perdana Menteri, pastinya kaum India akan dikais ke tepi! Cuba lihat apa yang terjadi kepada Nallakarupan (banker Anwar) yang bukan saja teman karib Anwar. Hari-hari mereka bertemu dahulu, namun dengan sekelip mata Nallakarupan diterajang keluar apabila Anwar merasakan dia sudah “kuat”. Lihat saja apa yang terjadi kepada “samseng” dari Padang Serai, Gobalakrishnan, yang sanggup mati untuk Anwar sebelum ini setelah dinyahkan Anwar. Mahukah pemimpin dan kaum India mengalami nasib yang sama? Yang rapat bagai “isi dengan kuku” seperti Nallakarupan pun tertipu dengan Anwar, apatah lagi pemimpin-pemimpin dan kaum India yang tidak pernah kenal rapat pun dengan Anwar, lagi senang di”kencing”nya bertalu-talu!

 Mahukah pemimpin dan kaum India di Malaysia ini menerima nasib yang sama atau lebih buruk dari Gobala dan Nalla? Mahukah mereka juga dipanggil “pariah!” oleh Azmin? Terserahlah kepada empunya badan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan