Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

DAP PERALATKAN PAS DAN PKR


Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, meminta orang Melayu termasuk PAS membuka mata melihat perkara ini, dan tidak hanya bersikap tidak endah dengan apa yang berlaku.
“DAP memang tidak boleh dipercayai, bagaimana nak bekerjasama kalau seorang pemimpin Melayu pun tidak diberikan tempat di dalam parti itu, apatah lagi nanti jika mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan negara,” katanya.
Beliau berkata tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggunakan platform kongres itu bagi meminta secara terbuka tambahan 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 juga jelas menunjukkan tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang berhubung soal pembahagian kerusi.
“Masalah itu tidak selesai (pembahagian kerusi)...  sebab itu, Guang Eng terpaksa bawa hal itu dalam ucapan perasmiannya, yang saya sifatkan sebagai satu ugutan.
Saya beranggapan tindakan itu membuktikan DAP tamak, tidak percaya kepada rakan kongsinya yang lain, dan sebab itu, dia (Guan Eng) guna platform ucapan dasar mengkritik PAS termasuk isu gender dalam pentadbiran PAS di Kelantan,” katanya.
Puad berkata DAP juga seolah-olah memperlekeh PKR dan PAS serta memberi isyarat bahawa dua parti itu tidak mampu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum nanti, kerana itu, ia wajar diberi kepada DAP.

Kesian dengan PKR dan PAS yang diperalatkan oleh DAP.Tapi masih tak sedarkan diri oleh dua parti Melayu ni.Kerana nak sangat menjatuh BN/Umno Pas dan PKR sanggup jadi keldai DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan