Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

Nizar terdesak raih undi!!

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, baru-baru ini turut membuat fatwa bahawa mengundi calon BN di DUN Tenang adalah haram. Ini membawa makna memberi undi kepada PAS adalah halal dan fatwa seperti ini sentiasa diulang-ulang dalam kebanyakan kempen pilihan raya selama ini.
Selama ini, PAS menuduh UMNO kafir, jumud, mengamalkan assabiyah dan taksub. Apa saja tindakan, keputusan dan semua hasil kerja UMNO mahupun BN, statusnya haram. Kita akui PAS memang bijak menggubal fatwa dan menyongsang serta mengelirukan masyarakat untuk mencapai matlamat politik. Kebanyakan fatwa yang memihak kepada mereka dikeluarkan ketika kempen pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Rata-rata fatwa itu mengklasifikasikan UMNO sebagai kafir dengan pelbagai alasan. Kenyataan Mohammad Nizar  tidak lebih sekadar cakap politik. Pengundi di DUN Tenang sudah matang dengan permainan politik PAS.

Jangan memperbodohkan rakyat dengan fatwa.Ingat rakyat sekarang ni buta ilmu ke? kalau ye pon nak berpolitik janganlah sampai gadaikan agama untuk kepentingan politik sempit anda.Cuba tengok orang Cina dan India berpolitik ,mereka tidak pernah memeperlekehkan agama mereka sendiri.Tapi sedih sangat bila tengok orang Melayu yang beragama Islam berpolitik,asayik-asyik mainkan isu agama.Nampak sangat sempitnya minda orang-orang Melayu ni!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan