Halaman

Rabu, 19 Disember 2012

Kenyataan Ariffin Melayu punca rasuah diselar


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.

"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.


DAP katanya, sememangnya bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehinggakan veteran dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Mungkin Kit Siang rasa agak apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta orang Melayu dalam parti itu supaya membuka mata dan sedar tentang hakikat penyertaan mereka dalam DAP adalah sia-sia.


LA: Masih tak sedar-sedar lagi ke orang Melayu ni,takkan nak terhantuk sekali lagi baru nak tengadah???tak faham aku dengan sikap orang Melayu yang mudah diperkotak katikkan.Bangunlah wahai bangsaku!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan