Halaman

Rabu, 19 Disember 2012

IBU TUNGGAL KECEWA DENGAN KHALID


Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang didakwa telah memutar belit isu berhubung elaun RM100 seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Pengerusinya Murtini Kasman berkata kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempersoal undi golongan ibu tunggal berkenaan pada PRU lepas, adalah terpesong daripada janji manifesto yang tidak menyebut langsung mengenai perkara itu.

“Ini satu lagi putar belit, dulu janji kalau menang semua dapat bantuan tidak kira parti tetapi sekarang lain pula jadinya. Kenapa perlu persoalkan undi, bukankah undi itu rahsia.
Pada 12 Dis lepas, 3,011 ibu tunggal memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum pembangkang pada 2008.

Sementara itu, Murtini berkata persatuan yang mempunyai kira-kira 20,000 anggota itu akan mengadakan sesi penerangan dan untuk mendapat sokongan berhubung isu elaun itu di seluruh kawasan Parlimen di Selangor.

Buat permulaan, ia akan menjelajah ke lima kawasan Parlimen bagi tujuan berkenaan, katanya.

 LA: Khalid patut bela nasib ibu-ibu tunggal ini dulu.Sebelum sibuk nak cakap pasal politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan