Halaman

Rabu, 5 Disember 2012

Lim Guan Eng patut letak jawatan!!!


Gerakan Pulau Pinang hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha menarik pelaburan ke negeri ini.

Penolong Setiausahanya, Goh Kheng Sneah berkata, dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri, Lim mampu mengembangkan ekonomi Pulau Pinang.

"Jangan buat dua kerja dalam satu masa kalau tidak mampu. Jangan jadikan jawatan Ketua Menteri sebagai kerja sambilan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada beliau perlu dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Goh berkata pelaburan di Pulau Pinang pada tahun lepas hanya berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2008, satu penurunan kira-kira 80 peratus.

Penurunan ketara ini, katanya jelas menunjukkan Lim tidak mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri dan Anggota Parlimen Bagan dalam satu masa. - Bernama

LA: Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Guan Eng patut contohi pemimpin-pemimpin BN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan