Halaman

Selasa, 24 Julai 2012

Penduduk bimbang tiada imam

Lenggeng- Kelewatan menerima keputusan rasmi pelantikan imam Masjid Kariah Lenggeng,di sini, menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk setempat. Mereka ingin tahu punca Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)belum mengeluarkan surat perlantikan terhadap dua imam yang dicalonkan penduduk sebelum ini.
Lebih mengelirukan , penduduk mendakawa JHEAINS melantik calon yang tidak dipersetujui majoriti ahli kariah sebagai pemangku imam masjid itu.
Penduduk tidak berpuas hati kerana individu berkenaan didakwa dicalonkan tanpa persetujuan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sebelum ini.
AJK bertindak masjid itu, Mohd Fahmy Mohd Tamin,mendakwa keadaan itu boleh menyebabkan perpecahan di kalangan penduduk, selain mengakibatkan mereka menjauhi masjid."Berpuluh tahun penduduk di kariah ini menghidupkan aktiviti masjid tanpa sebarang masalah.Saya bimbang isu ini akan memberi kesan buruk kepada komuniti Islam di sini.
"Menjelang Ramadan tidak lama lagi,kami harap JHEAINS segera mengisytiharkan imam yang kami calonkan supaya penduduk dapat mengimarahkan masjid,"katanya kepada BH Sentral ketika membuat laporan polis mengenai perkara itu. Antara laporannya ialah mendakwa ada pihak memutar belit dan tidak akur kepada keputusan mesyuarat  AJK masjid berhubung senarai calon imam serta pegawai masjid yang dihantar kepada JHEAINS.
Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Johani Hassan,berkata pihaknya sudah membuat keputusan mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada jawatankuasa masjid tidak lama lagi. "Pelantikan  dibuat mengikut peraturan semasa,"katanya ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BH Sentral.

Sumber:BH 24 Julai 2012

LA: Makmum ada, imam pulak tak da..masaloh jugak tue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan